Selain mengumumkan Final Fantasy VII Rebirth, Square Enix juga mengumumkan Crisis Core -Final Fantasy VII- Reunion iaitu versi penambah-baikkan untuk permainan prekuel kepada Final Fantasy VII yang dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2007.

Crisis Core -Final Fantasy VII- Reunion ini akan dikeluarkan pada akhir tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan ini adalah versi penambah-baikkan sahaja dan bukan olahan semula seperti Final Fantasy VII Remake, mungkin oleh disebabkan itu ia akan dikeluarkan di lebih banyak platform termasuk juga Nintendo Switch.

Versi baharu ini akan menyertakan peningkatan kualiti grafik dengan kesemua model dikemaskini. Semua bahagian akan mempunyai lakonan suara dan juga susunan muzik yang baharu,

Crisis Core adalah permainan yang memfokuskan kepada Zack Fair yang boleh dikatakan sebagai mentor kepada Cloud dan juga kekasih kepada Aerith.

Sohor Kini