Dalam francais MCU, antara watak cameo yang ramai akan cari adalah kemunculan Stan Lee. Dalam banyak filem MCU, beliau telah memainkan pelbagai watak. Beliau telah meninggal dunia pada November 2018 dengan filem Avengers: Endgame adalah penampilan terakhir beliau dalam francais ini.

Terkini, siri TV adiwira ganas/ngeri The Boys turut akan menyertakan watak cameo seakan Stan Lee versi sendiri. Ia boleh dikatakan adalah satu parodi, kerana siri TV ini sejak kebelakangan ini menyertakan pelbagai parodi berdasarkan apa yang berlaku dalam dunia perfileman dan dunia filem adiwira.

Watak ini adalah Old Legend (dalam komik) dan dalam siri TV ini ia akan digelar sebagai the Legend iaitu seorang pekerja kedai komik yang tahu segalanya mengenai Supes (gelaran individu yang ada kuasa luar biasa dalam The Boys). Dalam The Boys watak ini akan dimainkan oleh Paul Reiser (Dr. Sam Owens, Stranger Things 4).

Siri TV ini akan mempunyai 8 episod secara keseluruhan dan musim keempat sudah pun disahkan. Paul Reiser akan muncul sebagai the Legend dalam episod 5 The Last Time to Look on This World of Lie yang akan disiarkan di Prime Video pada 17 Jun, Jumaat esok.

Sohor Kini