Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup diteruskan lagi hari ini yang memperlihatkan dua perlawanan iaitu Orange Esports lawan RRG Filipina untuk pusingan Separuh Akhir (Upper Bracket) dan Omega Esports lawan EVOS SG untuk Pusingan 1 (Lower Bracket).

Hari ini juga boleh dikatakan sebagai hari yang mengecewakan untuk pemain-pemain Mobile Legends di Malaysia apabila, Orange Esports menjadi pasukan Malaysia yang kedua tewas di peringkat Separuh Akhir, berkongsi nasib yang sama dengan Todak semalam. Mereka dikalahkan oleh RSG Filipina dengan skor 3-0.

RSG Filipina memenangi pusingan pertama dengan mudah, manakala pusingan kedua memperlihatkan peningkatan prestasi oleh Orange Esports, mendahului untuk kebanyakan bahagian perlawanan tetapi mungkin kerana terlalu agresif, RSG Filipina berjaya membalas balik dan turut memenangi pusingan kedua.

Di pusingan ketiga, RSG Filipina kembali mendominasi perlawanan dan tidak banyak serangan balas yang boleh dilakukan oleh Orange Esports, memberi kemenangan ketiga kepada RSG Filipina. Dengan keputusan ini, RSG Filipina akan bertemu dengan RRQ Hoshi di peringkat Akhir (Upper Bracket). Manakala Orange Esports akan bertemu dengan pemenang di antara Omega Esports dan EVOS SG di Peringkat 1 (Lower Bracket).

Bagi pertandingan di Lower Bracket untuk menentukan pasukan yang akan bertempur dengan Orange Esports telah dimenangi oleh Omega Esports dengan mudah. Mereka mengawal kesemua pusingan untuk menang 3-0. Ini juga bermakna EVOS SG telah tersingkir daripada kejohanan ini menyertai satu lagi pasukan dari Singapura iaitu RSG Singapura yang tewas semalam.

Bagi jadual untuk esok pula ia memfokuskan kepada Lower Bracket iaitu perigkat Suku Akhir iaitu Todak lawan Falcon Esports dan Orange Esports lawan Omega Esports untuk menentukan siapa yang masih berpeluang meneruskan perjuangan mereka di dalam Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup.

Sohor Kini