Prime Gaming telah menyenaraikan permainan-permainan untuk tawaran permainan percuma bulanan mereka. Bagi bulan ini mereka menyediakan 6 permainan. Ia boleh ditebus sehingga akhir bulan ini, selepas ditebus, ia akan terus jadi milik anda dan tidak memerlukan akaun Prime Gaming yang aktif untuk bermain-nya.

Berikut adalah permainan-permainan yang ditawarkan;

  • Far Cry 4
  • Escape from Monkey Island
  • WRC 8 FIA World Rally Championship
  • Calico
  • Astrologaster
  • Across the Grooves

Kesemua permainan adalah untuk PC di mana Far Cry 4 perlu ditebus melalui Ubisoft Connect manakala permainan-permainan lain boleh ditebus secara terus dan boleh dimuat turun melalui Amazon Games App.

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Selain permainan percuma setiap bula ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.

Sohor Kini