Axiata Group Berhad dengan kerjasama bersama dengan Leet Technology Inc telah mengumumkan penganjuran Axiata Game Hero 2022 – Football Edition untuk menyertakan kejohanan berdasarkan tiga permainan bola sepak berbeza.

Tiga permainan tersebut adalah eFootball oleh Konami dengan kejohanan sudah bermula tetapi anda masih boleh melakukan pendaftaran dengan peringkat akhir akan berlangsung pada 13 hingga 14 Disember 2022. Ia menawarkan hadiah terkumpul sehingga $60 ribu.

Manakala Football Arcade Challenge pula adalah kejohanan yang mempertandingkan permainan-permainan mini ataupun Arked, Ia menawarkan hadiah terkumpul sehingga $10 ribu.

Akhir sekali adalah Team Manager, iaitu kejohanan Fantasy Football berdasarkan FIFA World Cup 2022, seperti biasa pemain akan diberikan bajet $100 juta untuk membentuk pasukan, dan berpeluang untuk merebut hadiah terkumpul sehingga $10 ribu termasuk juga merchandise. Ia akan bermula pada 21 November 2022.

Anda boleh layari axiatagamehero.gg untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Sohor Kini