Ramai persoalkan kenapa di Malaysia tidak ditawarkan Disney+, tetapi Disney+ Hotstar. Jawapan mudah daripada mereka adalah, Disney+ terhad untuk IP-IP milik Disney – sementara Hotstar adalah platform di mana kandungan tempatan turut boleh disiarkan.

Jika anda perasan, dalam Disney+ Hotstar ada banyak drama Melayu dan juga filem. Terkini, mereka akan hadir dengan Special Force: Anarchy pula. Ia adalah siri asli pertama dengan Skop Productions dan mengisahkan Iman (lakonan Puteri Aishah) seorang polis muda di negara fiksyen Tenggara.

Dalam satu siasatan pihak polis terhadap rompakan Bank Tenggara, mereka mendapati ia bukan rompakan biasa tetapi melibatkan kumpulan pengganas Azazel yang diketuai oleh Umar (lakonan M. Nasir). Untuk menyelesaikan kes ini, sebuah pasukan anti-rasuah elit khas ditubuhkan oleh Komander Qabil (lakonan Hasnul Rahmat) yang juga bapa kepada Iman. Iman kemudiannya didedahkan dengan satu konflik yang membuatkan beliau buntu.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theebaan G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari dan Daniella Sya.

Tiada tarikh siaran dan treler lagi buat masa ini. Sama-sama kita nantikan kehadiran siri ini di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini