Sejak ditayangkan pada 9 Jun lepas, Jurassic World Dominion telah memecah pelbagai rekod dan telah menjadi dengan kutipan tertinggi untuk minggu pertama tayangan di Malaysia dan juga secara global dengan kutipan buat masa ini telah mencecah RM1.8 bilion mengikut Box Office Mojo.

Manakala untuk pasaran Malaysia, Jurassic World Dominion telah mengutip RM23 juta untuk hujung minggu pertama iaitu 9 Jun sehingga 12 Jun, menjadikan ia adalah filem dengan kutipan tertinggi bagi hujung minggu pertama untuk filem yang dikeluarkan pada tahun ini dan juga filem yang dikeluarkan era pandemik (sejak dua tahun lepas).

Selain itu, ia juga menjadi filem ketiga dengan kutipan hujung minggu pertama tertinggi untuk filem-filem Universal, di belakang Fast & Furious 7 dan Fast & Furios 8.

Jurassic World Dominion masih lagi ditayangkan di Malaysia dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Jurassic World Dominion – Sekadar Satu Lagi Filem Jurassic.

Sohor Kini