Try Hard Guides telah melaporkan yang Sony akan melakukan pengumuman mengenai sebilangan perkakas baharu untuk PlayStation 5 dan diantaranya adalah alat kawalan baharu yang buat masa ini hanya dikenali sebagai “PlayStation 5 Controller Pro”.

Alat kawalan tersebut dikatakan akan mempunyai batang analog yang boleh ditukar bukan sahaja untuk menggunakan batang analog berbeza tetapi juga memudahkan proses membaiki apabila rosak. Ia juga akan menyertakan paddle, butang tambahan serta grip di bahagian tepi yang juga boleh dibuang.

Berdasarkan gambaran tersebut, alat kawalan ini boleh dikatakan berfungsi seperti Xbox Elite Wireless Controller yang mempunyai beberapa bahagian yang boleh diubah mengikut penggunaan.

Selain alat kawalan, terdapat beberapa perkakas lain yang akan diumumkan akhir bulan ini akan tetapi menurut laporan tersebut tiada pengumuman mengenai konsol PlayStation 5 baharu akan dilakukan.

Sohor Kini