Paramount dan Nickelodeon telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan tiga filem animasi berdasarkan Avatar. Filem ini akan diterbitkan di bawah Avatar Studios yang dibentuk pada awal tahun lepas.

Bryan Konietzko dan Michael DiMartino iaitu pencipta untuk siri Avatar akan menjadi salah seorang daripada penerbit untuk filem ini, manakala Lauren Montgomery yang merupakan artis untuk papan cerita bagi siri asal akan menjadi pengarah untuk filem pertama.

Buat masa ini plot penceritaan masih tidak dikongsi akan tetapi ia dikatakan akan memfokuskan di dalam dunia yang sama untuk Avatar: The Last Airbender dan The Legend of Korra.

Netflix juga buat masa ini sedang membangunkan siri aksi nyata untuk Avatar: The Last Airbender akan tetapi Bryan Konietzko dan Michael DiMartino tidak lagi terlibat dengan projek tersebut selepas perselisihan pendapat.

Sohor Kini