Private Division dan Roll7 hari ini akhirnya melancarkan secara rasmi penambahan pertama daripada dua untuk permainan papan selaju mereka iaitu OlliOlli World yang menggunakan judul Void Riders.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Melalui penambahan ini, tiga watak baharu akan tiba iaitu Sar’Rah, Khehvyn dan Pftangxi. Ia juga akan menyertakan cabaran baharu dan juga kosmetik tambahan untuk pemain menghias watak.

Penambahan ini boleh dibelikan secara berasingan ataupun melalui OlliOlli World Rad Edition yang akan menyertakan permainan asas, Void Riders dan satu lagi penambahan yang akan tiba lewat tahun 2022.

OlliOlli World sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan OlliOlli World – Ringkas, Rumit Dan Diantaranya.

Sohor Kini