Realme GT Neo 3 Ditawarkan Dengan Harga RM2,099 Di Malaysia

Realme akhirnya melancarkan secara rasmi telefon pintar GT Neo 3 dan di Malaysia ia ditawarkan dengan harga RM2,099. Namun, anda boleh dapatkan harga promosi iaitu RM1,799 melalui gedung rasmi Realme di Lazada sehingga 17 Jun 2022.

Realme GT Neo 3 akan menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 8100, selain itu, ia menggunakan panel AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz, resolusi yang digunakan adalah 1080 x 2412. Bagi kapasiti bateri pula ia menyertakan bateri bersaiz 5000 mAH dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 80W.

Di Malaysia ia ditawarkan dengan satu pilihan storan sahaja iaitu 256GB dan 8GB untuk RAM. Bagi warna, ia hadir dengan dua pilihan iaitu Nitro Blue dan Sprint White.

Sohor Kini