Gun Interactive dan Sumo Nottingham akhirnya berkongsi treler baharu untuk permainan The Texas Chain Saw Massacre yang serba sedikit memperlihatkan bentuk permainan, walaupun masih tidak jelas bagaimana ia akan dimainkan.

Video tersebut yang dikatakan sebagai masih “tidak dipotong” boleh ditonton di bawah.

Selepas diumumkan pada akhir tahun lepas, tidak banyak informasi yang dikongsi mengenai permainan ini. Selain daripada ia akan tiba pada tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pelancaran.

Dengan Gun Interactive sebelum ini membangunkan permainan Friday the 13th: The Game yang dimainkan seperti Dead by Daylight, permainan ini juga berkemungkinan besar di bawah genre yang sama.

Permainan ini adalah adaptasi kepada filem seram The Texas Chain Saw Massacre yang dikeluarkan pada tahun 1974, yang dikatakan berdasarkan kisah benar akan tetapi walaupun filem tersebut mengambil inspirasi daripada pembunuh bersiri Ed Gein, penceritaan yang disampaikan kebanyakan adalah rekaan semata-mata.

Sohor Kini