Vivo x PUBG Mobile Turbo Cup Challenge untuk Malaysia telah memasuki peringkat akhir dan 16 pasukan yang mewakili universiti-universiti tempatan berbeza akan bertempur untuk mewakili negara ke peringkat benua.
16 pasukan yang terlibat di peringkat akhir adalah seperti berikut;
Pasukan terbaik dari peringkat akhir ini akan mewakili Malaysia untuk bertemu dengan pasukan-pasukan dari Thailand, Vietnam dan Filipina bagi merebut hadiah terkumpul $20 ribu.
Selain itu, anda juga boleh menyertai pertandingan teka dan menang, dengan memilih mana-mana Universiti yang akan menang untuk memenangi Hyper Gear Mini ataupun T-Shirt. Pertandingan adalah sehingga 18 Jun dan anda boleh sertai melalui pautan ini.