EA dan Respawn minggu ini telah berkongsi video Apex Legends Stories from the Outlands baharu dan kali ini ia memfokuskan kepada watak Ajay Che ataupun lebih dikenali sebagai Lifeline di dalam permainan tersebut.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam video ini diperlihatkan Ajay Che dan Octavio Silva sebelum dia menjadi Octane telah mencuri ubatan untuk membantu mangsa-mangsa peperangan. Manakala diperkenalkan juga ibu kepada Lifeline dan ayah kepada Octane yang perniagaan mereka adalah memperoleh keuntungan daripada peperangan.

Di akhir video, diperlihatkan juga mengapa Lifeline mengambil keputusan untuk menyertai Apex Legends.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk iOS dan Android melalui Apex Legends Mobile. Kedua-dua permainan adalah percuma untuk dimainkan dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini