THQ Nordic dan Purple Lamp telah mengumumkan yang permainan The Guild 3 akhirnya dilancarkan secara penuh selepas dilancarkan sebagai permainan akses awal sejak tahun 2017. Ia merupakan permainan simulasi kehidupan di zaman pertengahan.

Pemain akan bermula sebagai rakyat biasa, kemudian memilih satu pekerjaan sebelum membentuk perniagaan sendiri. Kemudian, boleh membesarkan perniagaan dengan menghasilkan perusahaan tersendiri.

Selain itu, pemain juga boleh berkahwin dan mendapatkan waris untuk mengembangkan lagi keluarga. Anak tersebut kemudian akan membesar untuk meneruskan lagi permainan ini. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mereka telah berkongsi video perjelaskan untuknya, anda boleh tonton di bawah.

Anda boleh dapatkan permainan ini Di GOG ataupun Steam dan ditawarkan dengan harga RM56.

Sohor Kini