Nexon telah mengumumkan bermula hari ini mereka menganjurkan acara masa terhad yang merupakan kolaborasi bersama dengan vocaloid terkenal iaitu Hatsune Miku – “Hatsune Miku’s Special LIVE in Kivotos – The Rehearsal Episode”.

Bersempena dengan acara ini, mereka telah hadir dengan lagu khas iaitu “Blue New World” yang dinyanyikan oleh Hatsune Miku. Anda boleh dengar lagu tersebut di bawah.

Di dalam acara ini, akan terdapat tiga permainan irama yang turut menggunakan lagi Hatsune Miku iaitu “Tell Your World”. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan Hatsune Miku sebagai watak di dalam permainan sehingga 28 Jun 2022.

Hatsune Miku akan menjadi watak Supporter yang bukan sahaja menyembuh rakan sepasukan tetapi juga mempertingkatkan kekuatan serangan mereka.

Pemain yang log masuk sebelum 18 Jun juga akan mendapat pelbagai ganjaran di dalam permainan.

Blue Archive sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini