Krafton iaitu penerbit untuk permainan battle royale popular PUBG telah mengumumkan manusia maya pertama yang dihasilkan oleh mereka, iaitu ANA. Mereka mengatakan yang ANA akan membantu Krafton untuk mendekati penonton global dan menyediakan ekosistem Web 3.0 mereka.

ANA dihasilkan menggunakan Unreal Engine dan menurut Krafton dikuasakan dengan hyperrealism, rigging dan pembelajaran mendalam yang akan kaburkan sempadan di antara watak digital dan manusia sebenar.

Hyperrealism akan memberikan pelbagai ciri-ciri manusia seperti rambut, keadaan kulit kepada ANA, manakala rigging akan membantu untuknya bergerak dan memberikan ekspresi seperti manusia dan pembelajaran mendalam akan memberi suara kepada ANA untuk membolehkan ia bercakap dan menyanyi.

ANA akan hadir dengan lagunya sendiri dan akan terlibat di dalam pelbagai aktiviti di bawah Krafton termasuk juga esukan.

Sohor Kini