Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup diteruskan lagi hari ini yang memperlihatkan dua perlawanan iaitu Todak lawan RRQ Hoshi untuk pusingan Separuh Akhir (Upper Bracket) dan Falcon Esports lawan RSG Singapura untuk Pusingan 1 (Lower Bracket).

Salah satu pasukan Malaysia yang layak ke peringkat Separuh Akhir (Upper Bracket) iaitu Todak hari ini gagal untuk menyekat RRQ Hoshi yang bermain dengan baik di ketiga-tiga pusingan menjadikan mereka pasukan pertama yang layak ke peringkat Akhir (Upper Bracket) dengan skor 3-0.

Namun, perjuangan Todak tidak berakhir dengan mereka masih lagi berpeluang untuk ke Peringkat Akhir melalui perlawanan di Lower Bracket, bermula dengan Falcon Esports.

Manakala satu lagi perlawanan memperlihatkan perjuangan untuk RSG Singapura bagi kejohanan ini berakhir apabila Falcon Esports mudah mengalahkan mereka dengan skor 3-0. Dengan kemenangan ini, Falcon Esports layak ke pusingan Suku Akhir (Lower Bracket) dan akan bertemu dengan Todak untuk mendapat tempat di pusingan Separuh Akhir (Lower Bracket).

Jadual untuk esok pula akan memperlihatkan satu lagi pasukan Malaysia iaitu Orange Esports akan bertemu dengan RSG Filipina bagi pusingan Separuh Akhir (Upper Bracket) dan juga Omega Esports lawan EVOS SG untuk Pusingan 1 (Lower Bracket).

Sohor Kini