Ubisoft telah mengumumkan yang sambutan untuk ulang tahun ke-15 siri permainan Assassin’s Creed kini bermula dengan mereka merancang pelbagai aktiviti akan dilakukan di laman Twitch dan juga Youtube rasmi mereka.

Anda juga boleh layari assassinscreed15.com untuk mengetahui mengenainya secara lanjut.

Antara yang disertakan adalah bersempena dengan permainan Assassin’s Creed Origin menerima sokongan 60FPS di PlayStation 5 dan Xbox Series pemain boleh mencuba permainan tersebut secara percuma buat sementara waktu sehingga 20 Jun.

Discovery Tour: Viking Age juga kini ditawarkan secara berasingan di konsol seperti yang ditawarkan di PC sebelum ini.

Akhir sekali, mereka juga mengumumkan yang masa depan untuk siri ini akan diumumkan melalui satu acara khas yang akan berlangsung pada bulan September. Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan Assassin’s Creed Infinity yang menjadikan permainan tersebut sebagai satu “live-service”.

Sohor Kini