THQ Nordic telah mengumumkan siri baharu berdasarkan SpellForce iaitu SpellForce: Conquest of Eo yang membawa genre baharu iaitu permainan strategi 4X akan dikeluarkan untuk PC.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain akan membina satu menara di Eo untuk menjadi base kepada sesi permainan. Pemain boleh rekrut pelbagai tentera lain yang mempunyai misi tersendiri.
Buat masa ini ia masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran. Ia dibangunkan oleh Owned by Gravity.