Reuters hari ini telah melaporkan yang syarikat gergasi enjin pencarian China iaitu Baidu Inc di dalam proses perbincangan untuk menjual pegangan mereka di dalam Iqiyi iaitu platform penstriman video yang agak popular di-kalangan pengguna tempatan.

Baidu memiliki 53% pegangan di dalam Iqiyi dan mempunyai 90% hak untuk mengundi, dan mereka menyasarkan untuk menjual dengan nilai $7 bilion (~RM30 bilion).

Menurut laporan itu lagi, Baidu menganggap Iqiyi sebagai aset yang tidak penting bagi mereka dan ingin lebih memfokuskan kepada teknologi Kecerdasan Buatan dan juga pemanduan berautonomi.

Iqiyi baru-baru meningkatkan harga langganan mereka untuk pasaran Malaysia.

Sohor Kini