Seperti kami kongsikan sebelum ini, Steam Next Fest telah bermula pada minggu ini dan berlangsung sehingga 20 Jun di mana sepanjang cara ini, pemain berpeluang untuk mencuba demo-demo permainan akan datang dan juga permainan yang sedang dibangunkan.

Antara permainan yang menawarkan demo adalah Destroy All Humans! 2 oleh THQ Nordic dan Black Forest. Permainan ini akan dikeluarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC, tetapi anda boleh mencubanya terlebih dahulu melalui pautan ini.

Anda juga boleh tonton treler terbaru yang juga treler pengumuman tarikh pelancaran di bawah.

THQ Nordic juga telah mengumumkan yang untuk setiap pra-tempahan Destro All Humans! 2 Reprobed, pemain akan mendapat akses kepada Destroy All Humans! Clone Carnage secara segera iaitu permainan multi-pemain secara setempat dan juga dalam talian.

Mereka juga mengumumkan versi Collector Edition iaitu “Second Coming Edition”, yang akan menyertakan figura Crypto setinggi 70 CM, plat besi, buku karya dan CD mengandungi muzik runut bersama dengan permainan itu sendiri.

Sohor Kini