Prime Matter dan Studio IGGYMOB telah berkongsi treler baharu untuk permainan aksi mereka iaitu Gungrave G.O.R.E yang memperlihatkan lebih banyak aksi seperti treler-treler sebelum ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Gungrave G.O.R.E yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2019 telah beberapa kali tertunda dan tarikh terbaru adalah ia akan tiba akhir tahun ini, namun masih tiada tarikh yang tetap.

Mereka juga mengatakan yang perkongsian lanjut akan dilakukan pada suku kedua tahun ini, berkemungkinan untuk mengumumkan tarikh pelancaran. Gungrave G.O.R.E akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini