Ketika sesi perhubungan dengan pelabur bulan Mei lepas, Sony telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem dan siri TV berdasarkan IP permainan mereka, antara yang diumumkan adalah Filem untuk Gran Turismo iaitu siri permainan simulasi perlumbaan.

Ia adalah sedikit mengelirukan apabila bercakap filem untuk Gran Turismo kerana ia adalah permainan simulasi perlumbaan kereta yang tidak mempunyai sebarang penceritaan. Terbaru, Deadline telah berkongsi sinopsis untuknya yang menjadikan ia lebih masuk akal.

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar mengenai bagaimana pemain Gran Turismo yang telah memenangi kejohanan permainan tersebut menjadi seorang pelumba kereta lumba yang sebenar.

Filem ini akan diarah oleh Neill Blomkamp, lakon layar ditulis oleh Jason Hall dan diterbitkan oleh Asad Qizilbash, Carter Swan, Doug Belgrad dan Dana Brunetti. Filem ini dijangka akan tiba pada 11 Ogos 2023.

Sohor Kini