Prime Matter dan Nightdive Studios telah berkongsi treler baharu untuk System Shock Remake iaitu versi olahan semula untuk System Shock yang dikeluarkan pada tahun 1994.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler ini memperlihatkan kualiti grafik yang dipertingkatkan, antaramuka yang ditambah baik dan juga bunyi serta muzik serba baharu. Namun, satu perkara yang kekal adalah Shodan iaitu antagonis utama di dalam permainan ini, masih menggunakan suara asal iaitu Terri Brosisu.

System Shock Remake ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam, GOG dan Epic Games Store.

Sohor Kini