Crunchyroll, Toei Animation dan Sony Pictures telah mengumumkan yang filem terbaru siri Dragon Ball Super iaitu Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos ini. Dengan tayangan lebih awal iaitu pada 11 Jun di Jepun dan 18 serta 19 Ogos di Amerika Syarikat, Australia dan UK.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika semua pawagam-pawagam di Malaysia akan membawa filem ini ataupun di pawagam terpilih sahaja, pengumuman lanjut mungkin akan dilakukan oleh penyedia pawagam sendiri.

Seperti diumumkan sebelum ini, Dragon Ball Super: Super Hero mengisahkan mengenai Red Ribbon Army kembali dengan android baharu iaitu Gamma 1 dan Gamma 2. Di dalam filem ini, Gohan juga kembali bertarung selepas Pan telah diculik.

Dragon Ball Super: Super Hero diarahkan oleh Tetsuro Kodama dan penceritaan akan ditulis oleh Akira Toriyama sendiri, menjadikan filem keempat yang melibatkan beliau.

Sohor Kini