Coffee Stain Publishing, Coffee Stain North dan Koch Media ketika acara pembukaan Summer Game Fest 2022 telah mengumumkan Goat Simulator 3 akan dikeluarkan pada akhir tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.

Goat Simulator 3 adalah permainan susulan kepada Goat Simulator, namun ia menggunakan nombor 3 kerana sebagai jenaka ia juga adalah permainan susulan untuk Dead Island 2.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan ini masih lagi mengikut seekor kambing bernama Pilgor yang berada di kawasan baharu iaitu San Angora. Pemain boleh mengembara dan mencari pelbagai rahsia di pulau tersebut.

Ia juga kini akan menyokong mod multi-pemain sehingga 4 pemain, ataupun 4 kambing boleh mengembara San Angora bersama untuk melakukan kekacauan ataupun menyelesaikan pelbagai misi.

Sohor Kini