Squid Game adalah siri TV Korea battle royale, di mana 456 pemain yang terdesak memerlukan wang perlu bertarung nyawa untuk merebut hadiah 45.6 bilion won. Populariti siri ini amat hebat sehinggakan ratusan juta tontonan berlaku dalam masa singkat.

Ia sudah disahkan akan mempunyai musim kedua, komedi satira, dan turut bakal mempunyai permainan video. Terkini Netflix dilihat bakal menganjurkan rancangan realiti tanpa skrip, Squid Game: The Challenge.

Netflix kini merekrut 456 orang dari seluruh dunia untuk menyertai pertandingan ini. Pendaftaran terbuka kepada semua penduduk Amerika Syarikat, UK, dan global dengan hanya isi borang. Pemenang akan membawa pulang wang tunai $4.56 juta iaitu sekitar RM20 juta.

Walaupun Netflix tidak mendedahkan lagi apakah cabaran, permainan, atau aktiviti yang akan dilakukan. Tetapi kami menjangkakan ia akan bertemakan Squid Game dengan permainan yang lebih kurang sama. Netflix turut berjanji yang peserta yang kalah akan pulang dengan selamat.

Squid Game: The Challenge adalah rancangan realiti dengan 10 episod, ia adalah kerjasama di antara Netflix, Studio Lambert, The Garden dan ITV Studios. Rancangan realiti ini akan disiarkan di Netflix pada tahun 2023.

Sohor Kini