Craig Mazin iaitu penulis dan juga penerbit untuk siri TV The Last of Us hari ini telah berkongsi di Twitter yang penggambaran untuk siri tersebut sudah selesai melalui ciapan “That’s a wrap”.

Sebelum ini, Neil Druckmann penulis permainan The Last of Us dan juga pengarah untuk satu episod di dalam siri TV mengatakan yang mereka sudah di peringkat akhir penggambaran.

Siri ini akan disiarkan di HBO dan siaran dijangka bermula sekitar tahun 2023, di mana ia akan mempunyai 10 episod dan melibatkan 5 pengarah yang berbeza.

Senarai pelakon untuk siri ini adalah Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy, Merle Dandridge sebagai Marlene dan yang baru diumumkan Nico Parker yang akan menjadi anak kepada Joel iaitu Sarah.

Ketika acara pembukaan untuk Summer Game Fest sebelum ini, Troy Baker dan Ashley Johnson iaitu pelakon suara bagi Joel dan Ellie turut diumumkan akan mempunyai watak tersendiri di dalam siri ini, walaupun tidak diumumkan watak mereka akan tetapi Craig Mazin memuji lakonan mereka.

Naughty Dog sebelum ini telah mengumumkan permainan The Last of Us pertama, yang akan menjadi sumber utama untuk siri TV ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dengan peningkatan kualiti dan juga penambah-baikkan untuk bentuk permainan.

Sohor Kini