Pusingan playoff untuk Mobile Legend Bang Bang SEA Championship bermula hari ini yang memperlihatkan lapan pasukan bertempur di peringkat suku akhir iaitu;
Selepas Orange Esports berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada awal hari ini, Todak iaitu satu lagi pasukan dari Malaysia menyertai mereka selepas turut memperlihatkan prestasi yang baik untuk mengalahkan pasukan Omega Esports dengan skor 2-1.
Dengan kejayaan ini, Todak bertemu dengan RRQ Hoshi di peringkat Separuh Akhir selepas mereka mengalahkan EVOS SG.
Manakala Omega Esports masih lagi berpeluang untuk ke peringkat akhir melalui perlawanan di Lower Bracket bertemu dengan EVOS SG.