Pusingan playoff untuk Mobile Legend Bang Bang SEA Championship bermula hari ini yang memperlihatkan lapan pasukan bertempur di peringkat suku akhir iaitu;

  • RSG Filipina lwn Falcon Esports
  • RSG Singapura lwn Orange Esports
  • Todak lwn Omega Esports
  • Evos SG lwn RRQ Hoshi

Bagi pasukan Malaysia iaitu Orange Esports mereka telah berjaya ke peringkat separuh akhir selepas mengalahkan RSG Singapura dengan skor 2-1. Mereka pada pusingan pertama tewas akan tetapi berjaya bangkit untuk bermain dengan baik di pusingan kedua dan ketiga.

RSG Singapura masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam kejohanan ini melalui perlawanan di Lower Bracket.

Orange Esports akan bertemu dengan satu lagi pasukan RSG iaitu RSG Filipina yang juga menumpaskan lawan mereka iaitu Falcon Esports dengan skor 2-1.

Perlawanan untuk satu lagi pasukan Malaysia iaitu Todak akan berlangsung petang ini.

Sohor Kini