Seperti diumumkan sebelum ini, Steam Next Fest Edisi Jun 2022 akhirnya berlangsung sehingga 20 Jun 2022 yang menawarkan ratusan demo untuk permainan-permainan secara percuma. Ia juga termauk permainan-permainan yang masih tidak dilancarkan lagi.

Selain demo percuma, pelbagai penstriman langsung juga dianjurkan jika anda ingin melihat mana-mana permainan sedang dimainkan ataupun mendengar secara terus dari pembangun untuk sesuatu permainan.

Anda boleh layari laman Steam Next Fest untuk melihat senarai demo permainan yang boleh dicuba.

Sohor Kini