Hak francais filem Spider-Man dipegang oleh Sony Pictures. Selepas tayangan di filem, perjanjian yang dilakukan adalah ia akan disiarkan di Netflix sebelum boleh disiarkan dalam platform lain.

Terkini, Sony nampaknya telah melakukan perjanjian bersama Disney+ Hotstar. Filem-filem Spider-Man seperti Spider-Man 2, Spider-Man 3, The Amazing Spider-Man, Spider-Man: Homecoming, Spider-Man: Into The Spider-Verse dan Venom akan disiarkan di Disney+ Hotstar Malaysia bermula 17 Jun nanti.

Sayang sekali, filem Spider-Man pertama dan The Amazing Spider-Man 2 masih belum sedia untuk disiarkan dan pengalaman pentonton mungkin akan terganggu jika tiada akses terhadap platform lain.

Disney+ Hotstar Malaysia turut menyatakan yang lebih banyak kandungan filem dan siri TV Pictures akan dimasukkan dalam platform penstriman mereka akan datang.

Sohor Kini