Segala Pengumuman Ketika Xbox & Bethesda Showcase 2022

Summer Game Fest sedang berlangsung dan antara acara utama adalah Xbox & Bethesda Showcase dan kami boleh katakan ia tidak menghampakan. Terdapat pelbagai permainan yang diumumkan, ia menjadi lebih menarik apabila Microsoft memfokuskan kepada video bentuk permainan, permainan yang diperlihatkan juga kebanyakan akan dikeluarkan dalam masa 12 bulan dan akan disertakan di dalam Game Pass.

Berikut adalah antara pengumuman utama yang dilakukan;

Selain itu, mereka juga melakukan 20 pengumuman lain yang tidak kurangnya menarik. Berikut adalah ringkasan untuk kesemua pengumuman tersebut;

  • High on Life – Permainan menembak first person oleh pencipa Rick and Morty dan juga Solar Opposites.
  • Microsoft Flight Simulator – Bakal menerima kandungan bersempena dengan ulang tahun ke-40 permainan tersebut, ia akan tiba pada November 2022. Ia juga akan menerima kandungan berdasarkan Halo Infinite.
  • Fallout 76 Expedition: The Pit – Fallout 76 akan menerima musim baharu pada bulan September ini iaitu Expeditions: The Pitt.
  • ARK 2 – Treler terbaru untuk ARK 2 dikongsi yang mengumumkan ia akan tiba sekitar tahun 2023 dan akan tiba pada hari pelancaran di Game Pass.
  • Scorn – Video bentuk permainan baharu untuk Scorn diperlihatkan iaitu permainan menembak first-person yang aneh. Ia akan dikeluarkan pada 21 Oktober 2022.
  • Flintlock: The Siege of Dawn – Permainan aksi pengembaraan dunia terbuka ini akan dikeluarkan pada tahun 2023 dan akan ditawarkan di dalam Game Pass.
  • Lightyear Frontier – Permainan simulasi berkebun di mana pemain akan memulakan kehidupan di planet baharu akan tiba suku kedua tahun depan secara akses awal.
  • Gunfire Reborn – Permainan koperasi roguelite ini akan dikeluarkan untuk Xbox dan PC pada Oktober 2022, pemain boleh menggunakan lebih 40 senjata berbeza.
  • The Last Case of Benedict Fox – Permainan aksi pengembaraan platformer yang memfokuskan kepada penyiasatan ini akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2023.
  • As Dusk Falls – Permainan drama interaktif ini akan dikeluarkan pada 19 Julai 2022, setiap keputusan yang dilakukan oleh pemain akan memberikan cabang penceritaan yang berbeza.
  • Naraka: Bladepoint – Permainan pertempuran royale yang sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PC, turut diumumkan akan tiba di Xbox Series pada 23 Jun termasuk juga di dalam Game Pass. Ia akan menyokong fungsi rentas platform dan kemajuan.
  • Pentiment – Permainan terbaru oleh Obsidian Entertainment merupakan permainan RPG penceritaan yang memfokuskan kepada zaman pertengahan. Ia akan dikeluarkan pada bulan November 2022.
  • Grounded – Obsidian Entertainment juga mengumumkan permainan pengembaraan Grounded mereka akan keluar daripada akses awal dan tiba secara penuh pada bulan September ini.
  • Erban: Shadows Legacy – Permainan aksi oleh Baby Robot Games dan Raw Fury ini memfokuskan kepada penyenlinapan dan pertempuran menggunakan pelbagai gajet berbeza.
  • Sea of Thieves – Permainan dalam talian menjadi lanun ini akan menerima musim baharu iaitu yang ketujuh pada 21 Julai 2022. Pemain kini boleh membeli dan memberi nama kepada kapal dan juga boleh mengubahsuainya.
  • Ravenlok – Permainan aksi yang membawa pemain ke dunia fantasi. Ia akan tiba sekitar tahun 2023.
  • Cocoon – Permainan pengembaraan dan tekaria oleh ketua pembangun untuk Limbo dan Inside akan dikeluarkan pada tahun 2023. Ia akan membawa pemain untuk mengembara dunia di dalam dunia.
  • Wo Long: Fallen Dynasty – Permainan aksi seterusnya oleh Team Ninja dan Koei Tecmo akan memfokuskan kepada zaman Dinasti Han di China. Ia akan tiba pada awal tahun 2023.

Dengan kebanyakan permainan yang diumumkan ketika acara ini akan ditawarkan di dalam Game Pass pada hari pelancaran, boleh dikatakan yang permainan-permainan ini sudah semestinya harus dicuba apabila dikeluarkan kelak.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini