Spider-Man Into The Spider-Versre adalah antara filem animasi terbaik dan juga antara filem Spider-Man yang memberikan pengalaman menonton yang memuaskan. Filem ini akan diteruskan dengan dua lagi sekuel iaitu Across The Spider-Verse dan juga Beyond The Spider-Verse.

Filem ini mengisarkan kisah Spider-Man versi Miles Morales, yang mana dalam sekuel akan memperlihatkan beliau yang semakin dewasa cuba mencari keseimbangan sebagai pelajar, manusia biasa dan adiwira.

Sempena Annency Festival, Sony Pictures Animation mendedahkan yang Miles Morales akan menentang The Spot bersama dengan Spider-Gwen. The Spot adalah penjahat dengan lubang pada badan yang boleh merentas di antara dimensi.

Antara watak dalam filem kedua ini adalah Miles Morales oleh Shameik Moore, Gwen oleh Hailee Steinfeld, ayah Gwen antara watak baru oleh Shea Whigman, kemunculan The Vulture oleh Jorma Taccone dan Oscar Isaac sebagai Spider-Man 2099.

Sohor Kini