Capcom ketika Capcom Showcase telah mengumumkan yang tiga permainan mereka iaitu Resident Evil 2, Resident Evil 3, dan Resident Evil 7 akan menerima kemaskini untuk konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series.

Kemaskini ini akan membawa sokongan resolusi 4K, peningkatan kadar kelancaran, ray tracing dan juga 3D Audio. Manakala untuk PS5, ia juga akan menyokong getaran haptik dan juga picu penyesuai di DualSense.

Pemilik ketiga-tiga permainan tersebut di PS4 dan Xbox One boleh mendapatkan naik taraf ini secara percuma. Kemaskini untuk PC juga tiba pada hari ini.

Resident Evil 2 dikeluarkan pada tahun 2019 merupakan permainan olahan semula untuk permainan judul yang sama dikeluarkan pada tahun 1998. Resident Evil 3 dikeluarkan pada tahun 2020 permainan olahan semula untuk versi 1999. Resident Evil 7 dikeluarkan pada tahun 2017.

Baca ulasan Resident Evil 2: Ulasan Resident Evil 2 – Kembali Ke Tahun 1998 Dengan Permainan Olahan Semula Terbaik Oleh Capcom

Baca Ulasan Resident Evil 3: Ulasan Resident Evil 3 – Pengolahan Semula Yang Kosong Dan Tidak Sebaik Olahan Pendahulu

Sohor Kini