Mojang Studios ketika Xbox & Bethesda Showcase telah mengumumkan permainan sampingan baharu untuk siri popular Minecraft iaitu Minecraft Legends yang merupakan permainan aksi strategi.

Ia akan tiba pada tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia juga akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pelancaran.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam treler diperlihatkan pemain boleh membina satu tempatan, di samping mendapatkan pertolongan untuk bertempur. Bersama dengan Mojang, Minecraft Legends juga dibangunkan oleh Blackbird Interactive yang terkenal dengan permainan Homeworld.

Sohor Kini