Deadline hari ini melaporkan yang Sony Pictures telah mendapat hak untuk menghasilkan filem aksi nyata berdasarkan siri manga dan juga anime popular iaitu One Punch Man. Laporan tersebut turut mengatakan yang ia sudah mempunyai pengarah iaitu Justin Lin.

Justin Lin sebelum ini merupakan pengarah untuk filem Fast X akan tetapi selepas dikatakan perselisihan pendapat dengan Vin Diesel beliau telah menarik diri dan Fast X kini akan diarahkan oleh Louis Leterrier.

Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner akan menjadi penulis di mana mereka sebelum ini bersama menulis untuk filem Jumanji: The Next Level dan Venom. Avi Arad dan Ari Arad dari Arad Productions yang terlibat dengan siri filem Spider-man akan menjadi penerbit bersama dengan Justin Lin sendiri.

Buat masa ini masih tiada pengumuman untuk tarikh tayangan ataupun senarai pelakon, akan tetapi dikatakan yang produksi untuknya akan bermula pada akhir tahun ini.

Sohor Kini