Seperti yang tertiris sebelum ini, Playground Games ketika Xbox & Bethesda Showcase akhirnya mengumumkan secara rasmi yang permainan Forza Horizon 5 akan menerima kandungan berdasarkan Hot Wheels, mengulangi kerjasama seperti permainan Forza sebelum ini.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Penambahan ini akan menyertakan litar baharu yang mengambil inspirasi daripada litar-litar Hot Wheels, di mana pemain boleh menghasilkannya sendiri. Selain itu, ia juga akan menyertakan 10 kerana baharu termasuk juga 2021 Hennessey Venom F5 dan Hot Wheels Deora II.
Forza Horizon 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series, dan PC. Ia juga disertakan di dalam Game Pass.