Filem Lightyear Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Lightyear adalah filem mengisahkan angkasawan Buzz Lightyear dalam dunia Toy Story, bagaimana beliau menjadi tokoh kepada orang ramai sehinggakan mempunyai figura aksi tersendiri. Memandangkan Buzz dalam filem ini adalah versi sebenar dan bukan anak patung, suara Buzz bukan dari Tim Allen tetapi Chris Evans.

Konsep filem ini kelihatan menarik, kerana Buzz dilihat telah merentas masa ke 62 tahun masa hadapan. Beliau bertemu dengan cucu sahabat Alicia, iaitu Izzy dan beberapa angkasawan lain untuk bersama-sama menentang Emperor Zurg.

Filem ini pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di Malaysia pada 16 Jun. Terkini Disney telah mengesahkan dengan kami, selepas laporan daripada The Star yang filem ini tidak akan ditayangkan di pawagam tempatan.

Sebab rasmi tidak diberikan oleh Disney, namun filem ini turut tidak ditayangkan di China dan Arab Saudi. Kami akan kongsi jika Disney berkongsi maklumat lebih lanjut.

Sohor Kini