Asobo Studio ketika Xbox & Bethesda Showcase telah berkongsi video bentuk permainan untuk A Plague Tale: Requiem iaitu permainan susulan bagi A Plague Tale: Innocence yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Permainan A Plague Tale memfokuskan kepada Amicia de Rune bersama dengan adiknya Hugo yang di dalam permainan terbaru ini sudah membesar.

Buat masa ini, ia masih tidak menerima sebarang tarikh pelancaran tetapi diumumkan akan tiba sekitar tahun ini. Ia akan tiba untuk Xbox Series dan PC dan akan disertakan di dalam Game Pass untuk Xbox dan PC pada hari pelancaran.

Sohor Kini