Team Cherry keritka Xbox & Bethesda Showcase telah mengesahkan yang selain daripada Nintendo Switch dan PC, Hollow Knight: Silksong turut diumumkan untuk Xbox One dan Xbox Series. Ia juga akan disertakan di dalam Game Pass untuk Xbox dan PC pada hari pelancaran.

Selain itu, mereka juga berkongsi video bentuk permainan terbaru yang anda boleh tonton di bawah.

Namun, mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran akan tetapi Microsoft telah mengesahkan yang permainan yang diperlihatkan ketika Xbox & Bethesda Showcase akan tiba dalam masa selewat-lewatnya setahun.

Silksong pada awalnya dibangunkan untuk menjadi DLC kepada Hollow Knight, akan tetapi semasa pembangunan ia menjadi terlalu besar untuk dijadikan sekadar DLC kerana mereka mencipta satu dunia yang baharu.

Sohor Kini