Selepas perlawanan dua hari sebelum ini untuk Mobile Legends Southeast Asia Cup 2022, kedua-dua pasukan dari Malaysia iaitu Todak dan Orange Esports telah berjaya ke peringkat seterusnya iaitu Suku Akhir dan ia akan berlangsung bermula pada 14 Jun ini.

Perlawanan-perlawanan untuk peringkat Suku Akhir sudah diumumkan dan Todak akan melawan Omega Esports dari Filipina manakala Orange Esports melawan RSG Singapura.

Omega Esports naib juara untuk Kumpulan C selepas seri kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan, keputusan yang sama di Todak. RSG Singapura juga merupakan naib juara selepas seri dan kalah di peringkat kumpulan.

Berikut adalah kesemua perlawanan untuk peringkat suku akhir;

  • RSG Filipina lwn Falcon Esports
  • RSG Singapura lwn Orange Esports
  • Todak lwn Omega Esports
  • Evos SG lwn RRQ Hoshi

MSC 2022 dianjurkan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Sohor Kini