PUBG Mobile ketika acara penutup untuk PMPL SEA Championship telah memperlihatkan video acah memperlihatkan dua nama besar di dalam industri filem tempatan iaitu Syamsul Yusof dan juga Dato’ Aaron Aziz.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Menurut PUBG Mobile, acara PUBG Mobile x KL Gangster akan berlangsung pada bulan Julai ini dengan treler penuh akan dikongsikan tidak lama lagi untuk melihat Shark dan Malek.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.