Siapa sahaja yang tidak kenal pelakon berbakat, Gary Oldman? Beliau adalah Gordon dalam francais Batman Christopher Nolan, Winston Churchill dalam Darkest Hour dan terkini Jackson Lamb dalam siri TV Apple TV+ Slow Horses.

Gary menyertai satu sesi podsiar Happy Sad Confused baru-baru ini dan telah berkongsi maklumat yang cukup menarik. Tahukah anda yang beliau adalah pelakon suara asal untuk watak General Grievous dalam Star Wars Epsiode III: Revenge of the Sith. Beliau dipilih dan dibantu sendiri oleh George Lucas.

Tetapi disebabkan perbincangan kesatuan pekerja, beliau telah digantikan dengan pelakon lain iaitu Matthew Wood.

Apakah pendapat anda mengenai ini? Patutkah Disney dan LucasFilm kembalikan watak General Grievous dengan Gary Oldman sebagai pelakon suara?

Sohor Kini