Taylor Swift Ingin Mengarah Filem Sendiri

Taylor Swift adalah seorang penyanyi, penulis lirik, komposer dan artis yang terkenal. Beliau dikenali ramai sejak usia belasan tahun dan nama beliau semakin naik selepas melakukan rakaman semula album-album beliau dan memgang hak sepenuhnya ke atas karya-karya beliau sendiri.

Album terbaru beliau adalah Red yang asalnya dikeluarkan pada tahun 2012 dan rakaman semula pada tahun 2021. Album ini hadir dengan lebih banyak runut muzik, termasuk dengan lagu All Too Well versi 10 minit.

Terkini perkara yang jarang dilakukan oleh Taylor Swift adalah, beliau menghadiri ke festival filem, Tribeca Festival untuk menayangkan filem pendek All Too Well: The Short Film beliau. Filem pendek ini menurut beliau bukan sekadar muzik video, tetapi adalah cabaran untuk seorang pengarah atau pencipta filem wanita. Ia juga adalah untuk Taylor merasai sendiri kerja di sebalik kamera.

All Too Well adalah filem pendek mengenai perasaan ingin tahu seorang wanita yang membuak-buak sehingga potensi beliau tidak capai sepenuhnya dan berada di luar kemampuan untuk menerima apa yang berlaku. Ia satu idea menarik yang ingin diolah da diterjemah ke kaca skrin.

Taylor Swift turut mengumumkan yang beliau turut ingin mengarah filem sendiri akan datang. Menguji kemampuan diri dan menyahut cabaran sebagai seorang pengarah wanita.

All Too Well: The Short Film menceritakan kisah cinta pasangan lakonan Sadie Sink (Max, Stranger Things) dan Dylan O’Brien (Thomas, Maze Runner). Sadie menjaid watak Taylor Swift ketika muda, sementara Dylan dikatakan adalah kekasih beliau di zaman lagu ini diolah yang mungkin adalah Jake Gyllenhaal.

Sohor Kini