Bethesda ketika Xbox & Bethesda Showcase akhirnya memperlihatkan secara lanjut permainan paling dinanti-nantikan oleh mereka iaitu Starfield. Mereka telah memperlihatkan hampir 15 minit video bentuk permainan dan anda boleh tonton di bawah.
Di dalam video tersebut diperlihatkan sistem pertempuran dan juga pengembaraan. Pemain juga boleh membina penempatan tersendiri. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang pemain boleh meneroka setiap bahagian di lebih 1000 planet.
Selain mengembara di darat ataupun planet, pemain juga boleh mengembara menggunakan kapal angkasa yang pemain boleh mereka setiap bahagian daripadanya, terdapat juga pertempuran menggunakan kapal angkasa ataupun ‘dogfight’.
Starfield masih tidak mempunyai tarikh pelancaran akan tetapi Xbox mengatakan yang ia akan tiba dalam masa 12 bulan lagi untuk Xbox Series dan PC.