Blizzard ketika Xbox & Bethesda Showcase telah mengumumkan yang permainan utama seterusnya untuk siri Diablo iaitu Diablo IV akan dilancarkan pada tahun depan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Ia akan menyokong fungsi rentas platform dan juga rentas kemajuan untuk semua platform.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga mengumumkan kelas kelima yang akan tiba di dalam permainan ini adalah Necromancer yang akan menyertai kelas diumumkan sebelum ini iaitu Barbarian, Sorceress, Rogue, dan Druid

Mereka juga memperlihatkan bentuk permainan, kami akan sertakan di dalam artikel ini apabila ia dikongsi kelak.

Blizzard juga telah mengumumkan Overwatch 2 akan tiba pada Oktober ini.

Sohor Kini