Blizzard telah mengumumkan yang Overwatch 2 akan dilancarkan secara akses awal iaitu kandungan PvP sahaja secara percuma pada 4 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch.

Overwatch 2 akan menyokong fungsi rentas-platform dan juga rentas-kemajuan.

Hari pelancaran, pemain akan berpeluang untuk mendapatkan dan mencuba Junker Queen iaitu watak baharu yang akan tiba di dalam permainan ini. Dia akan menyertai seorang lagi watak baharu iaitu Sojourn yang diumumkan sebelum ini.

Versi akses awal ini tidak akan menyertakan mod PvE yang sebelum ini dijanjikan akan tiba di dalam Overwatch 2. Ia mungkin akan tiba kemudian sebagai penambahan berbayar.

Sohor Kini