Ketika Xbox & Bethesda Showcase, Microsoft telah mengumumkan yang mereka bekerjasama untuk menawarkan permainan-permainan percuma Riot Games dengan akses yang lebih banyak melalui Xbox dan PC Game Pass.

Antara yang diumumkan adalah pelanggan Game Pass akan mendapat kesemua watak-watak League of Legends, termasuk juga untuk versi permainan mudah alih Wild Rift dan Valorant tanpa bayaran tambahan ataupun perlu bermain terlebih dahulu.

Selain itu, mereka juga mengumumkan kandungan-kandungan tambahan untuk Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics.

Pengumuman ini juga menandakan yang Game Pass juga kini memberi kelebihan kepada permainan-permainan mudah alih. Penawaran ini akan tiba sekitar akhir tahun ini.

Sohor Kini